Sabtu, 18 April 2020

Apartment Putrajaya

Kisah Seram: Apartment Putrajaya
Kisah ini diceritakan oleh adik aku semasa dia pegi melawat kakak aku di apartment putrajaya.Kebetulan kawan dia tinggal di apartment berhampiran.Maaf kerana nama apartment dan persint berapa aku tak boleh bagitau di sini.

Kisah ini terjadi kira-kira 2,3 minggu yang lepas.Masa kejadian adalah lebih kurang 12 tengah malam.Patutnya adik aku baru sampai dari Pulau Pinang pukul 10 malam,dia dah nak terus tidur disebabkan penat drive,tapi baru jer dia nak lelap mata,kawan dia call ajak pegi minum.Sebab jarang berjumpa dan untuk tak menghampakan kawan dia, dia pun bersetuju.

Pukul 12 lebih kawan dia pun dah berada kat bawah apartment.Dia pun siap-siap,lepas bagitau bapak aku,dia pun keluar dan sebab aras rumah kakak aku ni tinggi,terpaksalah dia turun menggunakan lift.Semasa dia tunggu lift, dia dah rasa tak sedap diri sebab lift tersebut lambat tiba daripada hari-hari biasa,tapi dia tak endahkan.

Tunggu lagi sekejap,lift pun terbuka,dia pun sebab kawan dia dah lama tunggu masuk cepat-cepat dalam lift tersebut,tekan button Ground Floor.Tiba-tiba,lift yang sepatutnya turun ke tingkat bawah berlaku sebaliknya dan serta merta bulu roma dia meremang.Lift tersebut semakin naik dan bila sampai setiap tingkat jer lift tersebut akan terbuka,sehinggalah sampai ke tingkat yang paling atas,lift tersebut terbuka agak lama.Nasib baik lah tidak lama selepas tu,lift tersebut tertutup kembali dan turun ke tingkat Ground Floor.

Pucat jugak lah adik aku tu sampaikan masa dia nak naik lepas balik dari makan pun terpaksa ditemani kawan-kawan dia naik lift.Patutlah aku hairan masa aku sampai hari tu jer bapak aku jemput aku ditemani kakak aku disebabkan kakak aku dah tak berani tinggal sorang.

p/s:Cerita ini adalah kisah benar dan diceritakan oleh bapa aku dan disahkan oleh adik aku yang mengalami kejadian tersebut.

p/s:Kepada sesiapa yang tinggal kat apartment Putrajaya tu,hati-hati dan better naik lift berteman.